Thursday 29 January 2015

Couple is HARAM.






"Ermm.. you.. you ni hensem la. Sado lak tuh. Ermm.. sebenarnyakan.. emm.. I dah lama syok kat you tau. Ermm.. jom couple nak?"







Couple is haram. Couple is haram. Couple is haram.
Why couple is haram?
Sebab couple ni dapat menyumbang banyak dosa kepada kita.
Contohnya?
Bila kita couple, apa kita buat?
Berdating, bergayung dengan phone sepuluh jam tanpa henti, berpegang-pegang tangan, peluk-peluk, cium-cium..
Apa?
Couple 'Islamik'?
Bro,
Bila masa pulak wujudnya 'couple islamik' ni?
Tulah zaman sekarang,
Macam-macam cara orang nak halalkan couple.
Padahal couple ni dah terang-terang haram.
Terima jelah kenyataan.
Ramai lah orang yang tak pernah couple tapi sekarang dah kahwin.
Bini comel mantop baik punyer pulak tu.
Jangan risau.
Jodoh itu milik Allah SWT.
Hanya Dia sahaja yang tau jodoh kita.
Allah akan berikan yang terbaik untuk kita.
Insyaallah.
So hindarilah couple.
Sebab couple ni lah ramai anak-anak muda sekarang terjerumus ke alam penzinaan.
Zina mata, zina lidah, zina hati..


Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”


So please,
Hindarilah couple.


Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”